sites map

Saturday 7 May 2011

betol ke awak sygs saia ?

sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak ...tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak?? Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la... Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat pe yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi halal utk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi imam saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih halal awak..Tapi betul ke cara kita wak?? Saya takut laaaa... Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 skali.. Boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat kat Dia.. Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya xmesej awak, xnak jumpa awak, xnak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat camtu sebab saya sayang awak sangat2.. Awak.. Saya nak forever kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan pe kita buat nanti?? Saya xtau camne nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi wife awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak xpandang orang lain dah.. Saya xnak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi bidadari awak.. Bukan kat dunia je.. Tp kat heaven gak.. Saya nak jadi bidadari awak yang forever.. Awak.. Saya tahu saya xbaik.... Banyak sangat kekurangan dan xlayak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni je.. Awak xnak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya xnak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dgn awak. Saya sayang awak.. Camne kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak xtakut ke?? Camne kita nak pergi syurga?? Camne saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk parents saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk babies kita nanti.. Nak jadi mom yang the best..Huhu. Tinggi betul cita2 saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama2 berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti.. Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masok syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak.. Awak.. Maafkan saya kalau ape yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya xtau camne nak bagitau awak.. Sebab tu saya taip kt sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam2.. Saya takot nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k.. See More
By: Saya harap awak tau saya still sayangkan awak






-d-


April 29 at 8:19pm · LikeUnlikeSaya selalu tengok pic awak bila saya rindu. hehe..bukan sume admin xde...cume -d- je xde...
line.



♥ trixie
April 29a new line.



Saya selalu tengok pic awak bila saya rindu.
tips nak lupakan yg trsyg...
Assalamualaikum dan salam sejahtera Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu ti...dak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang. 1) Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia. Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe 2) Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu. Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan.. 3) Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu. Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi. 4) Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi. Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe 5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni. Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya.. Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. Sekian.
See More

No comments:

Post a Comment